Jumat, 03 Agustus 2012

Cinta. Selayaknya Cinta.

C.I.N.T.A. Satu patah perkataan yang seringkali kita dengar dan memang dah jadi kebiasaan untuk didengari dalam kehidupan kita seharian. Apa yang paling penting, mampu membuatkan si pendengar senyum sorang-sorang. Lebih-lebih lagi kalau ungkapan tu diungkap oleh orang yang disayangi. Kenapa? Tepuk dada tanya hati. Tapi, apa sebenarnya erti cinta dalam Islam? Definisi CINTA Kita mulakan dengan definisi CINTA itu sendiri. Cinta seperti yang kita sedia maklum adalah satu perasaan yang datangnya dari hati yang tidak dapat dikawal. Cinta juga menggambarkan betapa sayangnya kita terhadap sesuatu sehingga segalanya-galanya nampak indah pada pandangan mata kita. Pendek kata, cinta boleh ditakrifkan sebagai satu kecenderungan hati terhadap sesuatu yang disukai. CINTA dan ISLAM Islam tidak pernah melarang umatnya untuk bercinta. Bahkan, Islam menggalakkan perasaan ini dan amat mementingkan nilai kasih-sayang antara satu sama lain. Cinta terhadap Rasulullah S.A.W, keluarga serta para sahabat baginda, cinta terhadap keluarga, cinta antara suami dan isteri, cinta sesama makhluk serta cinta terhadap agama dan negara adalah antara cinta yang dilandaskan pada jalan yang betul. Walhal, segalanya harus disandarkan kepada Yang Maha Memiliki Cinta iaitu Allah S.W.T. Namun, ramai yang silap dalam menilai erti kata cinta yang sebenar. Hal ini terjadi apabila cinta itu dicurahkan kepada insan yang belum halal untuk kita. Dalam erti kata yang lain, cinta terhadap teman wanita atau teman lelaki. Mana mungkin jika benih yang teruk akan menghasilkan baka yang baik. Jadi, curahkanlah perasaan CINTA yang membuak-buak itu terhadap si dia dengan halal. Ya, dengan berkahwin. Jadi, apa lagi, bila berkenan, risik dan kahwinlah. InsyaAllah, rezeki Allah itu luas. Orang kata, kahwin ni buka rezeki. Cubalah! Selayaknya CINTA Cinta seharusnya disandarkan kepada mereka yang benar-benar layak. Ingat lagi tak lagu Sayang-Sayang Allah masa zaman-zaman tadika dulu? Admin pun tak pasti tajuk sebenar lagu tersebut. Tapi, lagu itu membawa mesej yang sangat penting mengenai CINTA itu sendiri. i. Cinta kepada Allah Allah adalah Yang Maha Memiliki Cinta. Jadi, mana mungkin bagi kita untuk bercinta tapi, tidak disandarkan kepadaNya. Allah sangat cinta kepada sesiapa yang melabuhkan cinta terhadapNya. InsyaAllah, banyak kelebihannya sekiranya diri dicintai Allah. Cintanya Allah terhadap hamba-hambaNya yang bertaqwa boleh dilihat dengan terbentangnya peluang untuk bertaubat sehingga tanda-tanda akhir kiamat muncul iaitu terbitnya matahari dari arah barat. Hadis qudsi ada menyatakan : “Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.”-Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A ii. Cinta kepada Rasulullah Wajib terhadap setiap umat Islam untuk mencintai Rasulullah S.A.W. Jadi, bagaimana untuk merealisasikan cinta terhadap baginda yang dikasihi Allah ini? Mudah sahaja. Segala-galanya dapat dipupuk dengan membaca sirah junjungan mulia ini. Tak kenal maka tak cinta kan? Bermula dengan mengenali baginda, mengenali sifat-sifat keperibadian baginda serta mendalami setiap inci perjuangan baginda untuk memartabatkan Islam di mata dunia dapat menzahirkan perasaan cinta terhadap baginda. Apa yang paling penting, amalkan setiap sunnah baginda dalam kehidupan seharian kita. Perbanyakkan selawat ke atas baginda. Moga kita semua mendapat syafaat baginda di hari perhitungan kelak. Firman Allah S.W.T : Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah Al-Ahzaab : 56). iii. Cinta kepada ibu dan ayah Ibu adalah insan yang melahirkan kita dan ayah, merupakan insan yang sanggup bersusah payah demi kesenangan kita. Kedua-duanya berusaha untuk mendidik dan menjaga kita sehingga kita mampu menjadi kita yang sekarang. Jadi, jangan berat untuk mengungkapkan kata cinta terhadap mereka setiap kali berbual dengan mereka mahupun sekadar berbalsa pesanan ringkas. Ingat, sekali kita rindu kat ibu kita, 10 kali ibu kita rindukan kita. Serta, sekali kita susah hati ketika ketiadaan duit untuk membayar yuran pengajian, 10 kali si ayah bersusahan demi unutk memenuhi setiap keperluan kita. Hargailah dan cintailah mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan. Firman Allah S.W.T: “Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (Surah Al-Isra’, 17: 24) Oleh itu, marilah kita sama-sama melabuhkan cinta terhadap yang selayaknya. Moga dengan memahami erti cinta yang sebenar, kita mampu peroleh cintaNya yang kekal abadi. InsyaAllah.

Penyembuh Hati Yang Patah

Patah hati atau orang muda-muda sekarang sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus cinta atau ditolak pinangan/lamarannya. Tapi kalau dilihat pergaulan zaman sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta. Dan hubungan cinta couple ini sememangnya satu hubungan yang salah. Kalau dilihat dari segi apa-apa pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati. Status hubungan pasangan atau couple ini tidak jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius. Malah banyak anak muda waktu ini terlanjur sehingga melakukan perkara yang melampau seperti zina. Paling kurang pun berpegang-pegangan tangan. Buat yang gagal melamar / pinangan ditolak, bukannya yang kamu lakukan itu salah. Mungkin pasangan yang menolak kamu bukan jodoh kamu. Mungkin dia hanya pelangi indah yang cuma hanya sesaat menghiasi bumi, dia bukan bulan yang selalu setia menemani bumi dalam menggantikan matahari. Ingat, Allah sudah menjamin tiga perkara iaitu rezeki, ajal dan jodoh. Dan jangan lupa Allah juga berfirman, ertinya : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (QS. An Nuur: 26) Kalau kita sudah terlanjur patah hati, jangan gelap mata. Keep think positive. Kita masih boleh memilih apa yang akan kita lakukan kemudian. Dan itu terserah pada kita, positif atau negatif. kalau ubat hati itu ada lima, maka ubat patah hati juga ada lima : 1. Jangan mendramatik-kan keadaan Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama. Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis. Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan? 2. Putus asa itu dosa Ingat bahawa berputus asa itu dosa. Rasulullah bersabda : “Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.” (HR. Al Bazzar dan Thabrani) 3. Jangan menyendiri Kamu jangan menyendiri. Cari teman-teman yang dapat support dan yang dapat membuat kita bangkit lagi, bukan yang menjatuhkan kita pula. 4. Perbanyak kegiatan positif Kita harus sering bergerak. Lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan. Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah. Insya Allah dapat melupakan pahitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang kita sangka. 5. Bersyukur, berusaha dan doa Kalau kita putus dari ikatan couple, itu bererti kita terbebas dari perbuatan mendekati zina. Kita harus bersyukur. Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja,tak perlu bercouple / bercinta sebelum kawin ni. Buktikan kita serius. Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon itu tidak matching dengan Kita. Kita belum ada rezeki, cuba lagi. Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat kita. Pasti! Ibnu Qayyim rahimahullâh tentang cinta yang terpuji: “Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan. Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”

Usah Di Ratap Pada yang Pergi

Cinta itu Allah takdirkan buat semua hamba-hambaNya untuk berkasih kasihan antara satu sama lain.Cinta tidak mampu di paksa,namun kita punya hak untuk menyintai sesiapa sahaja yang kita inginkan.Sungguh,rasa cinta itu adalah seindah-indah perasaan yang Allah ciptakan buat kita. Saat pertama kali kita jatuh cinta,pesanlah pada diri jangan terlalu menyintai kerana bimbang di kala cinta yang kita dambakan akan meninggalkan kita untuk pergi kepada cinta lain yang lebih tepat untuknya.Pesan juga pada diri supaya tidak terlalu membenci pada orang yang menolak cinta kita,kerana siapa tahu,suatu hari nanti cinta yang pernah menyakitkan itu akan datang semula mencari cinta asalnya yang memang telah di takdirkan untuk bersatu. Dalam lumrah hidup ini,pertemuan itu ada perpisahannya.Permulaan punya akhirnya,indah pasti terasa juga sakitnya.Dan jangan kita sempitkan fikiran apabila kita kehilangan cinta insan orang yang benar-benar kita sayangi saat ini,maka berakhir jualah kegembiraan di hati.Hanya kerana cinta seorang insan,kita gadaikan seluruh umur hidup kita.Berbaloikah ? Siapa tahu kali ini di saat pertama kali mengenal cinta yang tidak menjadi , Allah hanya sekadar menguji kita.Mungkin setelah itu,akan di hantar cinta yang sebenar-benarnya buat kita.Jangan di lupa,kumbang itu bukan seekor .Bunga juga bukan sekuntum.Ya,barangkali ada yang membantah dengan menyatakan bahawa yang patah itu pasti akan tumbuh semula,namun semestinya tidak akan sama,bukan? Tidakkah kita terfikir jika yang tumbuh itu sama sahaja dengan yang pernah patah,bukankah kita akan berasa bosan?Pastinya hidup tidak akan ada kepelbagaian.Begitu juga dengan cinta.Ikhlas hati,lepaskan perasaan itu pergi dengan rela hati bersama-sama dengan pemiliknya.Kerana jika kita benar-benar sayang dan cintakan dia,kita akan membiarkan dia memilih jalan hidupnya sendiri andai itu mampu memberikan kebahagiaan buat dirinya. Sesungguhnya,cinta lalu yang pernah menghuni hati adalah pengalaman yang paling indah pernah di rasai.Tak usah sedih,apatah lagi meratap meraung bila cinta yang kita dambakan tidak kesampaian.Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita.Bersabarlah sedikit sahaja lagi,InsyaAllah akan di kirimkan sang cinta itu buat diri yang lagi kesepian. Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) Ada sebab kenapa Allah tidak mentakdirkan cinta ‘dia’ buat kita.Mungkin kerana dia bukanlah yang terbaik buat kita,dan mungkin juga kita bukanlah insan yang bisa membahagiakannya.Juga barangkali di saat ini,Allah sedang mempersiapkan ‘dia’ untuk menjadi seorang pemimpin yang bakal melindungi seumur hidup kita. Kita inginkan jodoh yang terbaik,maka persiapakanlah diri kita sesempurna mungkin.Kerana ”lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik” Fikir-fikirkan siapa,di mana dan bagaimana keadaan kita pada hari ini. Layakkan ‘dia’ untuk kita?Mampukah kita membahagiakannya kelak ? Mulalah untuk bermuhasabah. Ingat,saat kita telah bersedia untuk di cintai,Cinta itu akan hadir dengan sendirinya.Tanpa paksaan,tanpa di sangka.Wallahhuallam .

Sabtu, 17 September 2011

Hajinya para wali Allah

Salah seorang murid Syaikh Syibli rah.a. baru pulang dari menunaikan ibadah haji. Maka Syaikh Syibli rah.a. mengajukan beberapa pertanyaan. Si murid menceritakan bahwa Syaikh bertanya kepadanya, “Apakah engkau telah berniat kuat untuk menunaikan haji?”

Saya menjawab, “Ya, saya telah berniat kuat menunaikan haji.” Syaikh bertanya, “Apakah engkau juga berniat untuk meninggalkan semua kehendak-kehendakmu sejak engkau lahir sampai hari ini yang bertentangan dengan ibadah haji?” Saya menjawab, “Tidak, saya tidak berniat seperti itu.” Syaikh berkata, “Kalau begitu engkau belum berniat haji.” Syaikh bertanya, “Apakah engkau melepaskan pakaian yang ada di badanmu ketika engkau mengenakan pakaian ihram?” Saya menjawab, “Ya, saya telah melepaskan semua pakaian yang saya kenakan.” Syaikh bertanya, “Apakah engkau telah memisahkan segala sesuatu selain Allah swt. dari dirimu ketika itu?” Saya menjawab, “Tidak.” Syaikh berkata, “Lalu apa gunanya melepaskan pakaian?” Syaikh bertanya, “Apakah engkau telah bersuci dengan berwudhu dan mandi?” Saya menjawab, “Ya, saya benar-benar telah bersuci.” Syaikh bertanya, “Pada waktu itu, apakah engkau telah bersih dari segala macam kotoran dan kesalahan?” Saya menjawab, “Kalau yang itu, belum.” Syaikh berkata, “Lalu, kesucian macam apa yang telah engkau hasilkan?” Syaikh bertanya, "Apakah engkau mengucapkan Labbaik?" Saya menjawab, "Ya, saya telah mengucapkan Labbaik." Syaikh bertanya, "Apakah engkau mendapat jawaban Labbaik?" Saya menjawab, "Tidak, saya tidak mendengar jawabannya." Syaikh berkata, "Kalau begitu, engkau belum mengucapkan Labbaik." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah masuk ke tanah Haram?" Saya menjawab, "Ya, saya telah masuk ke tanah Haram." Syaikh bertanya, "Apakah pada waktu itu engkau telah berazam untuk meninggalkan semua perkara yang haram untuk selama-lamanya?" Saya menjawab, "Kalau yang itu saya belum melakukannya." Syaikh bertanya, "Kalau begitu, engkau belum masiik di tanah Haram." Syaikh berkata, "Apakah engkau telah mengunjungi Makkah?" Saya menjawab, "Ya, saya telah mengunjunginya." Syaikh bertanya, "Apakah pada waktu itu engkau ingat kampung akhirat?" Saya menjawab, "Tidak." Syaikh berkata, "Kalau begitu engkau belum mengunjungi Makkah." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah masuk di Masjidil Haram?" Saya menjawab, "Ya, saya telah masuk di Masjidil-Haram." Syaikh bertanya, "Apakah pada saat itu engkau merasa masuk di dekat Allah swt.?" Saya menjawab, "Saya tidak merasa." Syaikh berkata, "Berarti engkau belum masuk di Masjidil-Haram." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah datang di Ka'bah?" Saya menjawab, "Ya, saya telah datang di Ka'bah." Syaikh bertanya, "Apakah engkau melihat sesuatu yang karenanya engkau mendatangi Ka'bah?" Saya menjawab, "Saya tidak melihatnya." Syaikh berkata, "Kalau begitu engkau belum melihat Ka'bah." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah melakukan Raml di dalam Thawaf?" (Raml adalah cara berlarian yang khusus). Saya menjawab, "Ya, saya melakukannya." Syaikh bertanya, "Apakah dalam berlarian itu engkau telah lari dari dunia sehingga engkau merasa bahwa engkau telah terlepas dari dunia?" Saya menjawab, "Saya belum merasakannya." Syaikh berkata, "Kalau begitu engkau belum melakukan Raml." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah mencium Hajar-Aswad dengan meletakkan tangan di atasnya?" Saya menjawab, "Ya, saya telah melakukannya." Maka Syaikh merasa ketakutan dan keluar dari mulutnya suara aah yang panjang. Lalu ia berkata, "Celaka, tahukah engkau bahwa barang siapa yang mencium Hajar Aswad dengan meletakkan tangan di atasnya, seakan-akan ia telah bersalaman dengan Allah swt.. Dan barang siapa yang diajak bersalaman oleh Allah swt., ia dalam keadaan aman dari segala arah. Lalu apakah telah tampak kesan keamanan pada dirimu?" Saya berkata, "Tidak tampak pada diri saya kesan keamanan itu." Syaikh berkata, "Berarti engkau belum meletakkan tanganmu di atas Hajar Aswad." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah mengerjakan shalat sunah dua rakaat di Maqam Ibrahim?" Saya menjawab, "Ya, saya telah mengerjakannya." Syaikh bertanya, "Pada saat itu engkau telah sampai di martabat yang tinggi di hadapan Allah swt., apakah engkau telah menunaikan hak dari martabat itu, dan apakah engkau telah menyempurnakan maksud yang menjadikan engkau berdiri di tempat itu?" Saya menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa." Syaikh berkata, "Kalau begitu engkau belum mengerjakan shalat dua rakaat di Maqam Ibrahim." Syaikh bertanya, "Apakah engkau naik ke bukit Shafa ketika melakukan Sa'i antara Shafa dan Marwah?" Saya menjawab, "Ya, saya telah naik di bukit Shafa." Syaikh bertanya, "Apa yang engkau lakukan di sana?" Saya menjawab, "Saya mengucapkan takbir sebanyak 7 (tujuh) kali dan berdoa supaya haji saya diterima." Syaikh bertanya, "Apakah para malaikat mengucapkan takbir bersama ucapan takbirmu dan apakah mau menyadari akan hakikat takbirmu?" Saya menjawab, "Tidak." Syaikh berkata, "Berarti engkau belum mengucapkan takbir." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah turun dari Shafa?" Saya menjawab, "Ya, saya turun darinya." Syaikh bertanya, "Apakah pada waktu itu engkau telah bersih dari segala keburukan?" Saya menjawab, 'Tidak." Syaikh berkata, "Engkau belum naik di bukit Shafa dan belum turun darinya." Syaikh bertanya, "Apakah engkau berlari antara Shafa dan Marwah?" Saya menjawab, "Ya." Syaikh bertanya, "Pada waktu itu apakah engkau telah berlari dari segala sesuatu dan telah sampai kepada Allah swt.. (Kemungkinan menunjuk kepada ayat dalam surat Syuara' yang menerangkan kisah Nabi Musa a.s. "Aku lari darimu apabila aku takut kepadamu." dan "Dan berlarilah menuju Allah.") Saya menjawab, "Tidak." Syaikh berkata, "Engkau belum berlari antara Shafa dan Marwah." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah naik di bukti Marwah?" Saya menjawab, "Ya, saya telah naik di atasnya." Syaikh bertanya, "Apakah sakinah turun ke atasmu dan engkau mendapatkan sakinah secara sempurna?" Saya menjawab, "Tidak." Syaikh berkata, "Engkau belum naik ke atas bukit Marwah." Syaikh bertanya, "Apakah di sana engkau telah menumpahkan harapan kepada Allah swt. yang tidak disertai dengan perbuatan dosa?" Saya menjawab, "Itu belum bisa." Syaikh berkata, "Engkau belum pergi ke Mina." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah masuk di Masjid Khaif (yang berada di Mina)?" Saya menjawab, "Ya, saya masuk di dalamnya." Syaikh bertanya, "Apakah engkau pada waktu itu merasa takut kepada Allah swt. yang tidak pernah engkau rasakan pada saat yang lain?" Saya menjawab, "Tidak." Syaikh berkata, "Engkau belum masuk di masjid Khaif." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah sampai di padang Arafah?" Saya menjawab, "Ya, saya sampai di sana." Syaikh bertanya, "Waktu di sana, apakah engkau mengetahui apa maksudnya engkau datang di dunia, apa yang sedang engkau kerjakan, dan sekarang mau pergi ke mana, dan apakah engkau mengenali perkara-perkara yang mengingatkan keadaan itu?" Saya menjawab, "Tidak." Syaikh berkata, "Engkau juga belum pergi ke Arafah." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah pergi ke Muzdalifah?" Saya menjawab, "Ya, saya telah pergi ke sana." Syaikh bertanya, "Apakah engkau di sana berdzikir kepada Allah swt. sedemikian rupa sehingga selain Allah swt. terlupakan?" (Sebagaimana yang telah disebutkan oleh ayat "Dan ingatlah Allah di Masy'aril Haram.)" Saya menjawab, "Saya tidak melakukan seperti itu." Syaikh berkata, "Kalau begitu engkau tidak sampai di Muzdalifah." Syaikh bertanya, "Apakah engkau menyembelih binatang kurban di Mina?" Saya menjawab, "Ya." Syaikh bertanya, "Apakah pada waktu itu engkau telah menyembelih nafsumu?" Saya menjawab, "Tidak."



Syaikh berkata, "Berarti engkau belum menyembelih binatang kurban." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah melempar Jumrah (melempar syaitan dengan kerikil)?" Saya menjawab, "Ya, saya telah melempar Jumrah." Syaikh bertanya, "Bersamaan dengan setiap batu apakah engkau telah melemparkan satu kejahilanmu yang lalu dan merasakan bertambahnya ilmu?" Saya menjawab, "Tidak." Syaikh berkata, "Engkau juga belum melempar Jumrah." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah melakukan Thawaf Ifadhah?" Saya menjawab, "Ya, saya telah melakukannya." Syaikh bertanya, "Pada waktu itu adakah suatu hakikat terbuka ke atasmu, dan apakah telah turun ke atasmu kehormatan dan jamuan dari Allah swt.?, karena Rasulullah saw. bersabda, "Orang yang pergi haji dan Umrah adalah orang yang menziarahi Allah swt.. Dan orang yang diziarahi punya kewajiban untukmenuliskan dan menghormati orang-orang yang menziarahinya." Saya menjawab, "Tidak ada sesuatu hakikat yang terbuka kepada saya." Syaikh berkata, "Engkau juga belum melakukan Thawaf Ifadhah." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah bertahallul? (Tahallul adalah melepaskan pakaian ihram). Saya menjawab, "Ya, saya telah bertahallul." Syaikh berkata, "Engkau juga belum bertahallul." Syaikh bertanya, "Apakah engkau telah melakukan Thawaf Wada'?" Saya menjawab, "Ya, saya telah melakukannya." Syaikh bertanya, "Apakah waktu itu engkau telah mengucapkan selamat tinggal dengan sepenuhnya kepada jiwa ragamu (hawa nafsumu)?" Saya menjawab, "Tidak." Syaikh berkata, "Engkau belum melakukan Thawaf Wada'." Kemudian Syaikh berkata, "Pergi hajilah kembali, dan tunaikanlah haji sebagaimana yang telah saya terangkan kepadamu secara terperinci tadi."


Minggu, 04 September 2011

Wajib Sholat Berjamaah Di Masjid Bagi Laki-Laki > Kecuali Uzur

Berikut beberapa dalil yang menjelaskan wajibnya mengerjakan shalat fardhu secara berjama’ah di Mesjid.

1.Rasulullah ShallallaHu `alaiHi wa sallam menyuruh orang buta untuk memenuhi panggilan adzan.

Dari Abu Hurairah ra., dia berkata, “Telah datang kepada Nabi seorang laki-laki buta, dia berkata,
`Wahai Rasulullah saya tidak memiliki penuntun yang bisa menuntun saya ke mesjid’.
Orang tadi memohon kepada Rasulullah agar memberi keringanan untuknya sehingga ia shalat di rumahnya, maka beliau pun memberikan izin untuknya. Tetapi tatkala orang itu mau pergi beliau memanggilnya dan bertanya,
`Apakah kamu mendengar adzan shalat?’.
Dia jawab, `Ya’.
Beliau bersabda,
`Kalau begitu datangilah (panggilan shalat itu)’
(HR. Muslim, hadits no. 1073 pada Kitab Riyadush Shalihin)

Ibnu Qudamah berkata dalam Al Mugni 2/130,
“Kalau Nabi ShallallaHu `alaiHi wa sallam saja tidak memberi keringanan kepada orang buta yang tidak ada penuntun baginya maka selainnya tentu lebih utama”.

Al Khaththabi berkata dalam Ma’alim Sunnah I/160-161, “Dalam hadits ini terkandung dalil bahwa menghadiri shalat berjamaah adalah wajib. Seandainya hukumnya sunnah niscaya orang yang paling berhak mendapat udzur adalah kaum lemah seperti Ibnu Ummi Maktum”

2.Rasulullah ShallallaHu `alaiHi wa sallam mengancam membakar rumah orang-orang yang tidak memenuhi panggilan adzan.

Dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah ShallallaHu `alaiHi wa sallam bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh aku telah bermaksud memerintah seseorang menghadirkan kayu bakar, dan
lalu aku memerintahkan shalat sehingga dikumandangkanlah adzan, kemudian aku memerintahkan seseorang mengimami manusia kemudian aku akan pergi menuju kaum laki-laki (yang shalat di rumah), sehingga
aku membakar rumah-rumah mereka” (HR. Bukhari dan Muslim, hadits no. 1075 pada Kitab Riyadush Shalihin)

Imam Bukhari membuat bab tentang hadits ini yaitu, “Bab Wajibnya Shalat Berjama’ah”.Al Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Hadits ini secara jelas menunjukan bahwa shalat berjama’ah adalah fardhu `ain, sebab jika hukumnya sunnah maka tidak mungkin Rasulullah ShallallaHu `alaiHi wa sallam mengancam orang yang meninggalkannya dengan ancaman dibakar seperti itu” (Fathul Bari 2/125)

3.Jika kaum muslimin mengetahui keutamaan shalat Shubuh dan Isya secara berjama’ah di Mesjid maka mereka akan mendatanginya walaupun dengan cara merangkak.

Dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah ShallallaHu `alaiHi wa sallam bersabda, “Seandainya kalian mengetahui keutamaan yang ada pada shalat jama’ah Isya dan Shubuh niscaya kamu mendatanginya meskipun dengan merangkak”
(HR. Bukhari dan Muslim, hadits no. 1079 pada Kitab Riyadush Shalihin)

4.Tidak ada shalat baginya, apabila mendengar adzan tetapi ia tidak mendatanginya, kecuali ada udzur.

Dari Ibnu Abbas ra., bahwa Rasulullah ShallallaHu `alaiHi wa sallam bersabda, “Barangsiapa mendengar adzan, kemudian tidak mendatanginya, maka tidak ada shalat baginya kecuali ia memiliki udzur/halangan”
(HR. Ibnu Majah no. 793, Al Hakim I/245 dan Al
Baihaqi III/174, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam Shahih Sunan Ibni Majah no. 645)

Maka dari itu para ulama’ ahlus sunnah mewajibkan shalat fardhu secara berjama’ah di mesjid bagi setiap laki-laki muslim, namun demikian walaupun shalat fardhu secara berjama’ah hukumnya wajib ia bukan merupakan syarat sahnya shalat
(Fatwa Lajnah ad Da’imah no.6706)



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites